
Christmas 2016
​
PMM dan Pastor sidang bergambar bersama-sama untuk kenangan Christmas 2016.

Sebahagian dari PMM SIB Bandar yang terlibat sama dalam Team Pujian dan Penyembahan bagi Konferensi PMM SIB SABAH mengadakan lawatan ke SIB BUNGA RAYA.
​
PMM Bersama-sama pastor sidang yang terlibat membuat lawatan ke SIB BUNGA RAYA sebagai persiapan untuk pelayanan Konferensi PMM SIB SABAH pada 20 Ogos 2017.

Ibadah PMM Ahad
​
​
konferensi pmm sib sabah 2017
Dengan bertemakan 'Inilah aku, Utuslah Aku', pada tahun 2017, PMM dari SIB BANDAR KENINGAU tidak ketinggalan untuk menyertai konferensi tahun ini. Semoga apa yang dipelajari sepanjang sesi konferensi menjadi berkat bagi muda-mudi.
Pada 23-24 September 2017, PMM SIB BANDAR KENINGAU telah mengadakan lawatan ke SIB TOMBOTUON di Kg. Tambatuon, Kota Belud. Seramai 39 peserta menyertai lawatan ini, diketuai oleh Pastor Harry Jemilik dan diiringi oleh Ketua PMM SIBBK, Dkn. Joe Samat.
​
Kedatangan PMM SIB BANDAR KENINGAU ke gereja SIB TOMBOTUON disambut dengan baik. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pastor, jemaat dan Ahli Majlis gereja SIB Tombotuon yang telah bersusah payah menyediakan penginapan, juadah dan bermacam-macam lagi. Kami sangat diberkati dengan pelayanan dari SIB TOMBOTUON. Tuhan memberkati semua jerih payah sahabat handai di SIB Tombotuon.
Natal Pmm 2017 dan sekaligus bersama-sama perpisahan pelajar telah diadakan pada 28 oktober 2017. Terima kasih atas kerjasama semua PMM yang telah berusaha dan bertungkus lumus dalam menjayakan Natal PMM kali ini. Pihak pelaksana Natal PMM ingin meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan dan sebarang kekurangan akan kami perbaiki pada pelaksanaan majlis di masa akan datang. Tuhan memberkati kita semua.