Lawatan PMM ke SIB MELANGKAP BARU, Kota Belud
- Admin
- Apr 14, 2019
- 1 min read
IMPACT GENERATION
Tarikh: 13-14 April 2019
Pengurus Lawatan: Cgu Larry, Dkns. Lerien, Wathney
Diiringi: Pta Charles dan Dkn. Joe
ucapan: Alexander Asri
Mc: Wathney
Pmm SIB BANDAR KENINGAU telah mengadakan lawatan ke SIB MELANGKAP BARU di Kota belud selama dua hari satu malam. Semua PMM SIBBK disambut oleh Pst. Flora Pitah, Ketua Sidang dan juga PMM lokal SIB Melangkap. PMM sibbk disambut dgn pelbagai juadah makanan, sambil bergaul dgn pmm lokal SIBM. Selepas itu, kebanyakan PMM mengambil kesempatan untuk bermandi manda di Sg. polumpung yang sangat cantik, jernih dan sejuk.
selepas kebaktian malam, aktiviti ice breaking antara pmm sibm dan sibbk diadakan. ice breaking ini membolehkan semua berkenalan diantara satu sama lain. Yang paling tidak dilupakan ialah permainan bom-bom dan tarian chicken. semua berkesempatan untuk bersuai kenal dan tidak pernah kering gusi bersama-sama dengan pmm sibm.
Apa yang saya perhatikan daripada lawatan ini ialah, SIBM adalah sidang yang mendidik anak-anak muda mereka dgn sifat kerendahan hati, kesatuan, dan Pendoa-pendoa muda yang berani. secara keseluruhannya, PMM SIBBK sangat diberkati dan dapat belajar banyak perkara dari sidang ini disamping dapat mengukir memori yang indah bersama-sama pmm di sib melangkap. TUHAN MEMBERKATI.
Comments